Premium Up - Terma dan Syarat

Perkhidmatan Naik Taraf AirAsia X Berhad (“Premium Up”, “Naik Taraf”, “Perkhidmatan”, atau “Perkhidmatan Naik Taraf”), membolehkan anda membuat permintaan untuk menaik taraf ke Katil Rata Premium bagi tempahan penerbangan ekonomi sedia ada yang telah disahkan untuk terbang dengan AirAsia X Berhad (Nombor Syarikat 734161-K) yang beralamat di B-13-15, Aras 13, Menara Prima Tower B, Jalan PJU 1/39, Dataran Prima, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia (“AAX” atau “Syarikat Penerbangan”).

Terma dan Syarat berikut terpakai apabila anda menggunakan Perkhidmatan. Perkhidmatan ini mewakili pembelian tambahan bagi tempahan asal sedia ada anda untuk terbang dengan Syarikat Penerbangan.

Permintaan hanya boleh dibuat untuk penerbangan terpilih yang dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan dengan syarat penumpang memiliki tiket kelas ekonomi yang telah disahkan bagi penerbangan yang berkenaan.

Caravelo - ChangeYourFlight S.L., Ronda Sant Pere 19, Barcelona, Sepanyol (“CYF”), adalah penyedia penyelesaian dan teknologi untuk perkhidmatan Naik Taraf AAX. Tempahan penerbangan anda tetap ditadbir oleh Terma dan Syarat Pengangkutan Syarikat Penerbangan pada setiap masa.

1. Umum

Terma dan Syarat ini hendaklah ditafsirkan dalam semua aspek mengikut undang-undang Malaysia tetapi dalam menguatkuasakan Terma dan Syarat ini, undang-undang negara kediaman pengguna pada masa permintaan dihantar akan mengawal Terma dan Syarat ini.

Kami berhak untuk meminda Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberikan notis kepada anda.

Terma dan Syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Syarat Pengangkutan dan Dasar Privasi AAX dan dengan ini dimasukkan ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Terma dan Syarat ini. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara Terma dan Syarat dalam mana-mana bahasa selain daripada bahasa Inggeris (seperti bahasa China dan lain-lain), Terma dan Syarat dalam bahasa Inggeris akan sentiasa diguna pakai.

Syarat tambang untuk tiket asal yang anda beli akan tetap terpakai dan sah walaupun jika Permintaan anda telah diterima, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, polisi pembatalan, bayaran penukaran, peraturan pembayaran balik dan peraturan lain yang berkaitan dengan potensi akruan perbatuan penumpang kerap atau manfaat lain.

2. Penggunaan Perkhidmatan

2.1 Menggunakan Perkhidmatan Naik Taraf

Perkhidmatan Naik Taraf membolehkan anda membuat permintaan (“Permintaan”) untuk menaik taraf tempahan penerbangan anda ke Katil Rata Premium AAX pada harga yang menarik. Walau bagaimanapun, permintaan naik taraf anda adalah tidak dijamin.

Anda akan mengetahui sama ada Permintaan anda diterima atau ditolak kira-kira 25 jam sebelum waktu berlepas. – ini dipanggil Masa Keputusan.

2.2 Ketersediaan Perkhidmatan Naik Taraf

Perkhidmatan Naik Taraf hanya tersedia untuk penerbangan terpilih yang dikendalikan oleh AAX. Perkhidmatan hanya tersedia dengan syarat penumpang memiliki tiket yang telah disahkan bagi penerbangan yang berkenaan. Perkhidmatan ini mungkin tidak ditawarkan bagi sesetengah laluan dan penerbangan AAX.

Anda boleh menyemak sekiranya anda layak untuk menggunakan Perkhidmatan ini dengan memasukkan butiran tempahan anda (Kod Tempahan dan Nama keluarga Penumpang) di laman web PremiumUp.AirAsia.com.

Sekiranya Perkhidmatan tersedia, ia mungkin ditawarkan kepada anda dan rakan seperjalanan anda sahaja.

2.3 Menggunakan Perkhidmatan Naik Taraf dan Pembayaran

Untuk mengakses perkhidmatan, anda perlu memberikan butiran anda (masukkan butiran PNR asas: Kod Tempahan dan Nama keluarga Penumpang) dan lengkapkan borang permintaan. Platform mengawal kesahan setiap tempahan, menyemak semua permintaan, dan mengesahkan permintaan mana yang diberikan.

Jika penerbangan anda layak untuk Perkhidmatan Naik Taraf, harga bagi Naik Taraf mungkin dipaparkan sama ada sebagai “Harga Tetap” yang statik, atau, input gelangsar yang boleh dilaras di mana anda boleh memasukkan harga “Bidaan” pilihan anda bagi setiap penerbangan. Bagi harga Bidaan, mungkin terdapat harga Bidaan minimum dan maksimum, seperti yang dinyatakan di laman web.

Waktu akhir untuk menghantar Permintaan biasanya kira-kira dua puluh enam (26) jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan bagi penerbangan yang berkenaan.

Setelah anda memilih penerbangan untuk dinaik taraf dan harga, anda akan diminta untuk menghantar butiran kad pembayaran dan perhubungan anda serta untuk menerima Terma dan Syarat ini. Pada ketika ini, anda sedang menghantar Permintaan.

Keizinan pembayaran dibuat menggunakan butiran kad anda. Walau bagaimanapun, bayaran awal tidak diperlukan dan butiran kad kredit anda disimpan dengan selamat mengikut perlindungn data dan Standard Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran (PCI DSS). Bayaran hanya akan dikenakan semasa Masa Keputusan dan hanya jika Permintaan anda diterima. Sekiranya Permintaan anda diterima, anda akan dicaj jumlah Permintaan dalam mata wang yang dipilih. Permintaan anda akan ditolak jika bayaran penuh tidak dapat diambil.

2.4 Jika kami menerima Permintaan anda

Sebaik sahaja Bidaan diterima, ia tidak boleh dibatalkan atau ditarik balik.

Kad pembayaran anda akan dicaj secara automatik bagi jumlah Permintaan menggunakan butiran yang anda masukkan apabila membuat Permintaan. Anda akan dicaj jumlah yang sama dalam mata wang yang ditunjukkan apabila anda membuat Permintaan anda.

Jumlah akhir yang dikenakan mungkin berbeza disebabkan oleh kadar pertukaran harian pembekal kad pembayaran anda yang berubah-rubah dan pemberian komisen bagi transaksi mata wang asing. Oleh kerana bank pemeroleh kami terletak dalam EU, sila ambil maklum bahawa pembekal kad anda mungkin mengenakan bayaran transaksi luar negara kepada anda. Sila hubungi pembekal kad anda untuk maklumat lanjut.

Syarat tambang untuk tiket asal yang dibeli oleh anda akan tetap terpakai dan sah walaupun jika Permintaan anda telah diterima, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, polisi pembatalan, bayaran penukaran, peraturan pembayaran balik dan peraturan lain yang berkaitan dengan manfaat lain.

Bayaran untuk sebarang perkhidmatan tambahan, termasuk bayaran tempat duduk, yang telah dibayar TIDAK akan dikembalikan.

2.5 Menukar atau membatalkan Permintaan anda sebelum Masa Keputusan

Hingga satu (1) jam sebelum Masa Keputusan, anda masih boleh menukar atau membatalkan Permintaan anda.

Masa Keputusan adalah kira-kira dua puluh lima (25) jam sebelum waktu berlepas. Waktu akhir untuk menukar atau membatalkan Permintaan anda adalah dua puluh enam (26) jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan bagi penerbangan yang berkenaan.

Untuk menukar atau membatalkan Permintaan anda, anda mestilah melog masuk ke laman web Perkhidmatan dan pergi ke bahagian ‘Urus’. Anda juga boleh mengakses bahagian ‘Urus’ dengan mengklik pada pautan yang sama dalam e-mel pengesahan yang dihantar kepada anda untuk mengesahkan bahawa Permintaan anda telah dihantar atau dipinda.

3. Hak dan Tanggungjawab Pengguna

Butiran pengenalan anda adalah peribadi dan sulit. Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan butiran pengenalan dan rujukan tempahan anda yang diberikan oleh AAX.

Anda hendaklah dianggap mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak dan untuk mengikat individu yang dinamakan atau dimasukkan ke dalam Tempahan kepada Terma dan Syarat ini.

Anda mestilah telah mencapai umur dewasa yang sah di negara kediaman anda pada masa Permintaan dihantar.

Anda bersetuju bahawa Permintaan anda tetap terbuka untuk penerimaan oleh AAX pada bila-bila masa sehingga Masa Keputusan.

4. Penerimaan/Penolakan Permintaan dan Perubahan Operasi

AAX tidak berkewajipan untuk menerima sebarang Permintaan, dan tidak membuat sebarang representasi bahawa mana-mana penumpang akan menerima perkhidmatan Naik Taraf AAX atau naik taraf yang diminta. Penerimaan atau penolakan Permintaan adalah sentiasa atas budi bicara mutlak AAX dan tidak menunjukkan bahawa AAX akan menerima atau menolak sebarang Permintaan lain yang serupa pada masa depan.

Sekiranya terdapat perubahan saat akhir pada rancangan penerbangan oleh AAX atau anda membuat perubahan pada tempahan anda (kurang daripada 36 jam sebelum waktu berlepas), kerana alasan teknikal, maka Permintaan anda tidak dijamin akan dipertimbangkan. Jelas sekali dalam keadaan ini, tiada caj akan dikenakan ke atas kad kredit anda. Anda boleh mengakses laman web Perkhidmatan untuk memeriksa sama ada penerbangan baharu anda layak untuk Perkhidmatan Naik Taraf.

Selepas Permintaan anda diterima, AAX mungkin perlu menukar jenis pesawat yang beroperasi untuk penerbangan anda atau menukar pengaturan tempat duduk atas sebab-sebab operasi yang lain. Dalam keadaan yang sedemikian, kami akan berusaha untuk mematuhi permintaan Naik Taraf anda. Walau bagaimanapun, ini adalah tidak dijamin. Sekiranya kami tidak dapat menyediakan Naik Taraf dalam penerbangan baharu (hanya di mana Permintaan anda telah diterima), jumlah Permintaan yang telah dibayar akan dikembalikan seperti yang dinyatakan dalam bahagian Bayaran Balik di bawah.

5. Bayaran Balik

Bayaran balik, kredit, atau pertukaran adalah tidak dibenarkan setelah Permintaan anda diterima oleh AAX, kecuali di bawah keadaan berikut:

Sila ambil maklum bahawa bayaran bagi Permintaan Naik Taraf tidak akan dikembalikan selepas penerimaan sekiranya anda kemudiannya membatalkan atau mengubah suai penerbangan anda, walaupun jika tambang asas anda boleh dipinda atau dibayar balik.

Sekiranya bayaran balik diterima, jumlah Permintaan yang dibayar untuk Perkhidmatan Naik Taraf AAX akan dikembalikan ke kad pembayaran yang digunakan untuk membayar Permintaan asal.

Bayaran balik akan diproses dalam mata wang yang digunakan semasa pembayaran asal dibuat. Jumlah akhir yang dibayar balik mungkin berbeza daripada jumlah asal yang dibayar disebabkan oleh kadar pertukaran harian yang berubah-rubah dan caj bank yang dikenakan oleh bank tempatan anda.

Anda boleh memohon bayaran balik sekiranya anda memenuhi syarat bagi permohonan bayaran balik seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini. Untuk memohon bayaran balik, anda mestilah memberikan (i) pengesahan tempahan anda, (ii) pas masuk untuk penerbangan yang berkenaan, dan (ii) e-mel yang mengesahkan penerimaan Permintaan anda.

Untuk memohon bayaran balik, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan AAX melalui halaman Hubungi kami dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh perlepasan bagi penerbangan yang mana permohonan bayaran balik dibuat.

6. Hak dan Tanggungjawab CYF

CYF akan sentiasa berhati-hati bagi memastikan data kad pembayaran anda disimpan dengan selamat, selaras dengan Standard Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran (PCI DSS). Data kad anda disimpan di pelayan di belakang tembok api yang selamat, dan hanya sebilangan pekerja yang mempunyai kebenaran boleh mengakses maklumat ini.

Pada setiap masa, pengguna akan dapat berhubung dengan Syarikat Penerbangan di halaman Hubungi kami untuk menuntut pengembalian wang sekiranya berlaku insiden.

7. Mengurus penggunaan kuki anda

Kebanyakan pelayar web (seperti Internet Explorer, FireFox dan Safari) ditetapkan untuk menerima kuki secara automatik sebagai tetapan lalai. Jika anda tidak mahu menerima kuki atau sebarang teknologi penjejakan yang lain, anda biasanya boleh menetapkan pelayar anda untuk mengalih keluar atau menolak kuki pelayar atau memaklumkan anda sebelum menerima kuki tersebut. Anda juga boleh memadam kuki yang telah ditetapkan. Fungsi "Bantuan" yang terdapat pada pelayar akan memberikan anda maklumat mengenai cara untuk memadamkan kuki ini. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda menetapkan pelayar anda untuk menyekat atau menolak kuki (termasuk kuki yang penting), ini boleh mempengaruhi penggunaan laman kami oleh anda. Anda mungkin tidak dapat menggunakan sesetengah fungsi laman kami dan anda mungkin tidak dapat mengakses semua atau beberapa bahagian tertentu laman kami. Sila rujuk juga www.allaboutcookies.org untuk maklumat lanjut mengenai kuki dan cara untuk menyahdaya kuki.

8. Berhubung dengan kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, komen atau permintaan mengenai Terma dan Syarat ini, sila hubungi kami secara bertulis dengan melengkapkan e-Borang AAX di https://support.airasia.com/s/customcontactsupport