Premium Up - Soalan Lazim Ditanya

UMUM


Apakah itu Premium Up?

Premium Up membolehkan anda meminta naik taraf ke Katil Rata Premium dalam penerbangan AirAsia X pada harga yang ditentukan oleh anda sendiri.

Bagaimanakah cara Premium Up berfungsi?

Premium Up hanya memerlukan 3 langkah mudah:

    1. Minta naik taraf dengan mengklik pada pautan yang terdapat di dalam e-mel atau dengan memasukkan butiran anda di premiumup.airasia.com
    2. Semak semula dan hantar permintaan anda
    3. Anda akan dimaklumkan melalui e-mel sama ada permintaan anda diterima atau ditolak sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.

Berapakah harga untuk perkhidmatan naik taraf Premium Up?

Harga untuk perkhidmatan naik taraf ini akan ditentukan oleh anda sendiri. Kos untuk perkhidmatan ini adalah jumlah yang anda tawarkan apabila membuat permintaan dan akan dicaj secara berasingan daripada tempahan yang telah dibeli (bayaran tambahan tidak dikenakan).

Harga minimum akan dikenakan bergantung pada laluan dan ketersediaan. Ini akan ditunjukkan dengan jelas semasa proses permintaan.

AirAsia X mengekalkan budi bicara mutlak untuk menetapkan atau menyesuaikan harga minimum pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai.

Bilakah Premium Up akan ditawarkan?

Premium Up AirAsia X hanya tersedia jika:

    - anda memiliki tempahan penerbangan AirAsia X yang sah
    - terdapat tempat duduk Katil Rata Premium yang dianggap oleh AirAsia X sebagai layak untuk perkhidmatan Naik Taraf

Harap maklum bahawa AirAsia X mengekalkan budi bicara mutlak untuk menentukan penerbangan, tempahan dan penumpang yang layak untuk Premium Up.

Apakah Terma dan Syarat apabila menggunakan Premium Up?

Anda boleh melihat Terma dan Syarat Premium Up di sini.

Mengapakah permintaan Premium Up tidak dijamin? Pengesahan bagi permintaan Premium Up bergantung pada faktor apa?

Premium Up tidak dijamin kerana ketersediaan bergantung pada permintaan penumpang lain dan kuantiti tempat duduk Katil Rata Premium yang tersedia dalam penerbangan AirAsia X yang berkenaan. Kami juga mempertimbangkan faktor-faktor lain apabila menerima atau menolak permintaan (contohnya harga penerbangan asal dan perkhidmatan tambahan dalam tempahan penerbangan asal).

Apakah perbezaan antara tempahan Katil Rata Premium biasa dan perkhidmatan Premium Up?

Tidak seperti naik taraf Katil Rata Premium yang harganya adalah tetap (dibuat melalui Urus Tempahan Saya di AirAsia.com atau di kaunter daftar masuk), permintaan Premium Up tidak dapat disahkan semasa permintaan dibuat dan tertakluk pada ketersediaan.

Setelah menempah penerbangan, anda boleh meminta Premium Up pada bila-bila masa di PremiumUp.AirAsia.com atau melalui e-mel Premium Up yang anda terima. Jika permintaan anda diterima, anda boleh menikmati pengalaman Katil Rata Premium.

Siapakah yang menyediakan perkhidmatan ini?

Perkhidmatan ini disediakan oleh AirAsia X dengan kerjasama Caravelo dan boleh diminta di PremiumUp.AirAsia.com, selepas anda menempah penerbangan kelas ekonomi dengan AirAsia X.

MANFAAT


Apakah yang ditawarkan oleh Premium Up? Mengapakah saya perlu meminta Premium Up?

Premium Up membolehkan anda menikmati perkhidmatan terbaik pada harga yang ditentukan oleh anda sendiri! Selepas menempah penerbangan, anda boleh meminta untuk menaik taraf tempat duduk berdasarkan tunggu sedia (standby basis). Anda hanya akan dikenakan bayaran jika dan apabila bidaan anda diterima. Anda pasti akan menyukai pengalaman hebat yang ditawarkan di dalam kabin Katil Rata Premium kami.

Apakah manfaat yang disertakan dengan Premium Up?

Pelbagai manfaat disertakan dengan Premium Up:

    - Tempat duduk dengan ruang yang luas yang boleh direbahkan sepenuhnya menjadi katil rata
    - 40 kg peruntukan bagasi berdaftar
    - Hidangan, snek dan minuman percuma
    - Pilih tempat duduk
    - Bantal dan duvet
    - Kaunter Katil Rata Premium
    - Keutamaan semasa menaiki pesawat
    - Keutamaan Bagasi
    - Akses ke Ruang Menunggu Premium AirAsia (jika anda berlepas dari klia2)
    - Hiburan Dalam Penerbangan Xcite dan Fon kepala pembatalan hingar Sony (kecuali untuk penerbangan ke/dari Bali, Arab Saudi dan antara Taipei dan Osaka)
    - Insurans dengan Tune Protect

Mengapakah Premium Up ditawarkan pada harga yang sangat rendah?

Premium Up ditawarkan pada harga yang sangat rendah kerana perkhidmatan ini tertakluk pada ketersediaan dan hanya boleh disahkan beberapa jam sebelum penerbangan anda.

PROSES


Bilakah selewatnya-lewatnya saya perlu menghantar Permintaan Premium Up saya?

Permintaan Premium Up perlu dibuat sekurang-kurangnya 26 jam sebelum waktu berlepas. Permintaan tidak akan dapat dihantar atau diubah suai dalam tempoh kurang dari 26 jam.

Bolehkah saya menggunakan Premium Up untuk satu penerbangan sahaja?

Ya, anda boleh menghantar Permintaan Premium Up bagi penerbangan AirAsia X yang berbeza secara berasingan.

Bolehkah saya mengubah suai atau membatalkan Permintaan Premium Up saya?

Ya, anda boleh mengubah suai atau membatalkan Permintaan Premium Up hingga selewat-lewatnya 26 jam sebelum berlepas.

Walau bagaimanapun, sila ambil maklum bahawa sebarang perubahan, pembatalan atau bayaran balik selepas Permintaan anda diterima atau ditolak adalah tidak dibenarkan.

Apakah yang berlaku jika Permintaan Premium Up saya diterima?

Jika Permintaan anda diterima, penerbangan AirAsia X yang dipilih akan dinaik taraf ke Katil Rata Premium dan anda akan dapat menikmati pengalaman penerbangan yang hebat! Pada masa ini, kad kredit anda akan dicaj. Selepas itu, anda boleh mendaftar masuk untuk penerbangan anda.

Apakah yang berlaku jika Permintaan Premium Up saya ditolak?

Jika Permintaan anda ditolak, tiada sebarang perubahan akan dibuat pada tempahan penerbangan AirAsia X anda. Selain itu, anda juga tidak akan dikenakan sebaran caj.

Bolehkah saya menghantar permintaan Premium Up baharu selepas permintaan yang sebelumnya untuk penerbangan yang sama ditolak?

Tidak, setelah Permintaan anda ditolak, anda tidak boleh menghantar permintaan baharu untuk penerbangan yang sama. Walau bagaimanapun, anda masih boleh menghantar permintaan untuk penerbangan lain yang layak dalam tempahan yang sama.

Bilakah saya perlu membuat bayaran?

Kami akan mengambil butiran kad dan keizinan pembayaran daripada anda semasa anda menghantar permintaan. Walau bagaimanapun, bayaran hanya akan dikenakan jika dan apabila permintaan Premium Up anda diterima. Jumlah yang diminta oleh anda dicaj secara automatik. Bayaran yang diterima tidak akan dikembalikan.

Sekiranya permintaan Premium Up saya diterima, adakah kesemua rakan seperjalanan saya yang lain akan turut menerima naik taraf ke Katil Rata Premium?

Anda hanya boleh meminta Premium Up untuk rakan seperjalanan yang lain apabila anda menghantar permintaan Premium Up anda.
Jika permintaan anda diterima, semua penumpang dalam tempahan anda akan dinaik taraf ke Katil Rata Premium untuk penerbangan yang berkenaan.

Bilakah saya akan tahu jika permintaan Premium Up saya diterima atau ditolak?

Anda akan dimaklumkan melalui e-mel sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan untuk penerbangan anda.

Apa yang berlaku jika saya telah membeli tambahan untuk penerbangan?

Jika anda telah membeli hidangan, bagasi, atau membuat tempahan tempat duduk, semua ini akan dibatalkan dan bayaran yang dibuat tidak akan dikembalikan. Tempahan anda akan diubah suai bagi memberikan anda manfaat yang setara yang disertakan dengan Premium Up - peruntukan bagasi 40 kg, hidangan percuma dan tempat duduk Katil Rata Premium.

PEMBAYARAN DAN KESELAMATAN


Bagaimanakah cara untuk melihat status permintaan Premium Up saya?

Anda boleh melihat status pada bila-bila masa dengan megakses permintaan Premium Up anda di PremiumUp.AirAsia.com.

Adakah terdapat sebarang caj tersembunyi?

Kami tidak mengenakan sebarang caj tersembunyi. Anda hanya akan menerima perkhidmatan yang telah dibayar. Harga penuh yang akan anda bayar sekiranya permintaan anda diterima adalah harga yang ditunjukkan apabila anda menghantar permintaan. Jika permintaan anda ditolak, anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

AirAsia X tidak mengenakan sebarang bayaran kad kredit atau debit. Walau bagaimanapun, pengeluar kad anda mungkin mengenakan bayaran komisen atau transaksi. Bayaran ini adalah di luar kawalan AirAsia – sila semak dengan pengeluar kad anda.

Adakah butiran bayaran saya disimpan dengan selamat?

Ya, butiran bayaran anda disimpan dengan selamat pada setiap masa mengikut piawaian pembayaran dan undang-undang antarabangsa yang terpakai.