Premium Up

Rasai kemewahan yang berpatutan dengan Katil Premium kami yang memenangi anugerah. Tempat duduk yang luas ini boleh diturunkan kepada katil rata penuh apabila perlu, selain ciri lain yang memastikan keselesaan anda sepenuhnya.

Katil Rata Premium menyertakan

Katil Rata Premium

Tempat duduk dengan ruang yang luas ini boleh direbahkan sepenuhnya menjadi katil rata.

Kaunter Katil Rata Premium

Kaunter khas untuk kemudahan anda.

Peruntukan Bagasi Percuma

40 kg peruntukan bagasi berdaftar. Jadi bawa lebih banyak bagasi untuk keperluan perjalanan anda!

Kemasukan Xpres

Jadi antara tetamu yang terawal menaiki pesawat.

Hidangan Percuma

Pilih sajian kegemaran anda daripada rangkaian menu hidangan, snek dan minuman kami.

Keutamaan Bagasi

Jadi antara tetamu yang terawal menerima bagasi anda selepas pesawat mendarat.

Pilih Tempat Duduk

Nikmati ruang kaki yang luas apabila anda memilih mana-mana daripada 12 tempat duduk Katil Rata Premium dalam baris 1-2.

Akses ke Ruang Menunggu Premium AirAsia

Jika anda berlepas dari klia2, anda boleh berehat, bersantai atau menyiapkan urusan kerja (hingga 3 jam bagi setiap akses ruang menunggu) sebelum meneruskan perjalanan anda bersama kami.

Bantal dan Duvet

Nikmati tidur yang selesa dengan bantal dan duvet yang empuk. Anda pasti terasa seperti berada di rumah.

Hiburan Dalam Penerbangan Xcite

Nikmati akses tanpa henti ke pelbagai filem, siri TV, muzik, permainan dan majalah—semuanya pada Xcite Tab.

Insurans dengan Tune Protect

Jaminan ketepatan Masa 1 jam dan Kelewatan Bagasi.